Wednesday, November 9, 2011

Jom sihat sekampung


PERMATANG PAUH: Seramai 18 penduduk Taman Haji Mohd Amin, di sini, dilantik Sukarelawan Program Jom Sihat Sekampung, sekali gus membolehkan mereka melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk setempat.

Sebelum itu, mereka yang dipilih Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) perlu mengikuti kursus kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, kencing manis, maklumat pemakanan, senamrobik serta kempen tidak merokok.


Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Dr Rafidah Md Noor berkata, sukarelawan berkenaan akan memulakan tugas secara rasmi esok.

Katanya, sukarelawan akan bertugas di Pusat Intervensi Kesihatan Dalam Komuniti yang beroperasi di Bangunan Balai Islam taman itu setiap Sabtu dari jam 8 hingga 11 pagi dengan menarik ramai penduduk melakukan senamrobik, pemeriksaan kencing manis, darah tinggi dan mengedarkan pelbagai risalah kesihatan secara percuma.


“Sehingga kini, lebih 100 penduduk taman terbabit sudah mendaftar dengan pusat itu untuk menjalani pelbagai program kesihatan manakala sukarelawan akan menjadi pemangkin untuk perubahan gaya hidup sihat.


“Jika ada penduduk dikesan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kronik, mereka akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya untuk rawatan susulan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, melancarkan Program Jom Sihat Sekampung dan penubuhan pusat itu di pekarangan KRT Taman Haji Mohd Amin, di sini baru-baru ini.


P/s: Jus Ad-Dhuha Terbukti Keberkesanannya bagi merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kronik.


Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal


NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

No comments:

Post a Comment