Wednesday, November 9, 2011

Perlu segera jalani rawatan



BIASANYA, apabila seseorang lelaki klimaks ketika kemuncak hubungan seksual, air maninya terpancut keluar. Ketika dalam keadaan itu, air mani bertakung di dalam salur kencing di bahagian pundi prostat dan kemudian terkeluar bersama cecair dalam penghujung salur sperma dan salur pundi seminal.


Ini berlaku kerana cengkaman otot sistem pancutan. Apabila sistem pancutan itu tidak aktif, ejakulasi berlaku secara meleleh.




Begitupun, sesetengah lelaki mengalami keadaan di mana air maninya tidak keluar memancut, sebaliknya terpancut ke dalam pundi kencing ketika klimaks.


Dalam keadaan ini, tiada air mani keluar menerusi penghujung zakar.




Bagaimanapun, lelaki itu akan terasa ejakulasi berlaku dan ketika mahu membuang air kecil, air kencing kelihatan seakan-akan keruh.


Semua yang saya jelaskan ini adalah masalah ejakulasi yang boleh berlaku bila-bila masa dan perlu diambil berat.


Lelaki yang mengalami masalah tiada ejakulasi walaupun mencapai klimaks akan gagal memancutkan air mani ke dalam faraj isteri dan ini boleh membuatkan isteri sukar hamil.


Lelaki yang mengalami masalah ini harus segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Masalah ini boleh berlaku apabila urat saraf yang mengawal ejakulasi tergendala.


Sebilangan besar kes yang saya pernah kendalikan disebabkan penyakit kencing manis yang tidak terkawal. Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengikut rawatan doktor dengan jitu, ia mengakibatkan urat saraf menjadi radang.


Kesudahannya, lelaki yang mengalami masalah ini mengalami mati pucuk atau masalah klimaks tiada ejakulasi atau kedua-duanya sekali.


Justeru, apabila ada tanda tiada ejakulasi berlaku ketika hubungan seks, jangan biarkan perkara itu berpanjangan dan berlengah-lengah mendapatkan rawatan.


Pesanan saya, segera berjumpa pakar sesuai dan insya-Allah, masalah ini boleh diubati dan anda akan menjadi lelaki normal kembali.


P/s: Jus Ad-Dhuha Terbukti Keberkesanannya bagi merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kronik. Tiada sebarang racun, pengawet dan barang kimia digunakan untuk memprosesnya.


Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal


NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

No comments:

Post a Comment