Wednesday, November 9, 2011

73,000 hadapi risiko buta

TAWAU: Hampir 73,000 penghidap penyakit kencing manis yang dirawat di Hospital Tawau termasuk dari Lahad Datu, Kunak dan Semporna berisiko tinggi menjadi buta sekiranya mereka gagal mendapat rawatan lanjut.


Menurut Pakar Mata dan Surgeri, Hospital Tawau, Dr Ajit Majumder, masalah itu berpunca daripada kurangnya peralatan hospital iaitu kamera Fundus dan mesin laser yang mampu mengesan serta merawat pada peringkat awal. “Sehingga ini, pihak hospital hanya memiliki satu kamera Fundus dan sebuah mesin laser untuk memeriksa mata penghidap kencing manis.


“Alat ini digunakan bagi membuat pemeriksaan terperinci dan gambaran sebenar mata pesakit yang berkemungkinan boleh menjadi buta akibat kencing manis,” katanya ketika taklimat ringkas lawatan susulan kakitangan Standard Chartered (M) Berhad (Standard Chartered), Isnin lalu. Dr Ajit berkata, lebih 700 penghidap kencing manis sudah disaring bagi mengenalpasti penyakit Retinopathy iaitu sejenis penyakit yang boleh menyebabkan hilang penglihatan.


“Satu tinjauan populasi kebangsaan yang dibuat setiap 10 tahun mendapati kadar penghidap kencing manis di kalangan rakyat negara ini dianggarkan melebihi 10 peratus berbanding 8.2 peratus pada 1996.


“Oleh itu, kami amat mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat korporat tampil memberi sumbangan sama ada dalam bentuk peralatan atau kemudahan asas lain.


“Kami juga ‘turun padang’ dan pergi ke kawasan luar bandar seperti kampung, pekan dan pulau untuk memberi rawatan kepada penduduk di kawasan berkenaan supaya masalah kesihatan yang dihadapi mendapati rawatan sewajarnya,” katanya.


===========================================================================
p/s: Saya syorkan mereka semua Jus Ad-Dhuha.



Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal



NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

No comments:

Post a Comment