Showing posts with label sakit puan. Show all posts
Showing posts with label sakit puan. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Jom sihat sekampung


PERMATANG PAUH: Seramai 18 penduduk Taman Haji Mohd Amin, di sini, dilantik Sukarelawan Program Jom Sihat Sekampung, sekali gus membolehkan mereka melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk setempat.

Sebelum itu, mereka yang dipilih Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) perlu mengikuti kursus kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, kencing manis, maklumat pemakanan, senamrobik serta kempen tidak merokok.


Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Dr Rafidah Md Noor berkata, sukarelawan berkenaan akan memulakan tugas secara rasmi esok.

Katanya, sukarelawan akan bertugas di Pusat Intervensi Kesihatan Dalam Komuniti yang beroperasi di Bangunan Balai Islam taman itu setiap Sabtu dari jam 8 hingga 11 pagi dengan menarik ramai penduduk melakukan senamrobik, pemeriksaan kencing manis, darah tinggi dan mengedarkan pelbagai risalah kesihatan secara percuma.


“Sehingga kini, lebih 100 penduduk taman terbabit sudah mendaftar dengan pusat itu untuk menjalani pelbagai program kesihatan manakala sukarelawan akan menjadi pemangkin untuk perubahan gaya hidup sihat.


“Jika ada penduduk dikesan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kronik, mereka akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya untuk rawatan susulan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, melancarkan Program Jom Sihat Sekampung dan penubuhan pusat itu di pekarangan KRT Taman Haji Mohd Amin, di sini baru-baru ini.


P/s: Jus Ad-Dhuha Terbukti Keberkesanannya bagi merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis yang kronik.


Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal


NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

Kencing manis jejas keupayaan


KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Bagi lelaki pula, mereka berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan jika mengalaminya.
Sesiapa saja berisiko menghidap sakit ini tanpa mengira peringkat umur. Jika ia berlaku ketika peringkat kanak-kanak, individu itu dikatakan penghidap penyakit kencing manis juvenil.

Mereka akan diberi suntikan hormon insulin sepanjang hayat kerana sel yang memproses insulin dalam organ pankreas tidak berfungsi lagi.
Namun bagi individu menghidap kencing manis selepas baligh (dewasa), ia berlaku akibat badan tidak dapat menggunakan insulin atau hormon insulin berkurangan serta tidak dapat menampung metabolisme karbohidrat.

Dengan tahap glukosa tinggi dan tidak stabil itu, keseluruhan fungsi sistem tubuh badan seperti perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala.

Kedua-dua fungsi ini penting dan jika ia terganggu, fungsi tubuh badan turut terganggu seperti kegagalan lelaki mengekalkan atau mencapai ereksi ketika terangsang. Individu itu juga mungkin gagal mencapai atau mengawal ejakulasi dan cepat klimaks.

Sebilangan besar pesakit kencing manis yang mematuhi nasihat doktor dan makan ubat untuk mengawal tahap glukosa dapat mengekalkan kemampuan melakukan persetubuhan.

Oleh kerana penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dan tiada penawarnya, lelaki yang tidak peka dengan nasihat dan rawatan doktor akan mengalami masalah kemampuan seksualnya.
Individu itu akan sukar mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan persetubuhan atau ereksinya tidak kekal serta tidak sempat melakukan penembusan faraj atau mati separuh jalan.

Kesudahannya, individu itu mengalami mati pucuk tetap. Ada juga penghidap kencing manis tidak dapat mencapai ejakulasi walaupun dia rasa sudah mencapai orgasma.

Selain itu, ada individu boleh mencapai ejakulasi tapi terasa macam air maninya masuk ke pundi kencing (kencing selepas klimaks dan mendapati air kencingnya keruh atau mengandungi keladak putih).

Jangan mudah percaya cakap yang kononnya makan ubat kencing manis menyebabkan mati pucuk. Ia tidak benar. Semua pesakit kencing manis lambat-laun akan mengalami mati pucuk atau kegagalan ejakulasi.

Walaupun ada ubat boleh melancarkan aliran darah di zakar dan dilihat dapat mengatasi masalah itu, ia tetap bermasalah jika tidak mengawal penyakit itu.

Yang penting, ikut nasihat dan rawatan doktor. Jika anda mula mengalami masalah itu, segera berjumpa doktor pakar.

Jangan pula mendiamkan diri atau dapat ubat mengarut tanpa nasihat doktor, termasuk mendapatkan rawatan daripada tabib atau tukang urut. Nanti padah!

P/s: Jus Ad-Dhuha Terbukti Keberkesanan nya untuk merawat penyakit kencing manis serius atau peringkat awal. Dapatkan jus Ad-Dhuha Hari ini untuk kebebasan hidup anda.


Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal


NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

73,000 hadapi risiko buta

TAWAU: Hampir 73,000 penghidap penyakit kencing manis yang dirawat di Hospital Tawau termasuk dari Lahad Datu, Kunak dan Semporna berisiko tinggi menjadi buta sekiranya mereka gagal mendapat rawatan lanjut.


Menurut Pakar Mata dan Surgeri, Hospital Tawau, Dr Ajit Majumder, masalah itu berpunca daripada kurangnya peralatan hospital iaitu kamera Fundus dan mesin laser yang mampu mengesan serta merawat pada peringkat awal. “Sehingga ini, pihak hospital hanya memiliki satu kamera Fundus dan sebuah mesin laser untuk memeriksa mata penghidap kencing manis.


“Alat ini digunakan bagi membuat pemeriksaan terperinci dan gambaran sebenar mata pesakit yang berkemungkinan boleh menjadi buta akibat kencing manis,” katanya ketika taklimat ringkas lawatan susulan kakitangan Standard Chartered (M) Berhad (Standard Chartered), Isnin lalu. Dr Ajit berkata, lebih 700 penghidap kencing manis sudah disaring bagi mengenalpasti penyakit Retinopathy iaitu sejenis penyakit yang boleh menyebabkan hilang penglihatan.


“Satu tinjauan populasi kebangsaan yang dibuat setiap 10 tahun mendapati kadar penghidap kencing manis di kalangan rakyat negara ini dianggarkan melebihi 10 peratus berbanding 8.2 peratus pada 1996.


“Oleh itu, kami amat mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat korporat tampil memberi sumbangan sama ada dalam bentuk peralatan atau kemudahan asas lain.


“Kami juga ‘turun padang’ dan pergi ke kawasan luar bandar seperti kampung, pekan dan pulau untuk memberi rawatan kepada penduduk di kawasan berkenaan supaya masalah kesihatan yang dihadapi mendapati rawatan sewajarnya,” katanya.


===========================================================================
p/s: Saya syorkan mereka semua Jus Ad-Dhuha.



Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal



NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

Penjual buah hilang mata pencarian lepas kaki dipotong

ALOR SETAR: Seorang penjual buah hilang mata pencarian selepas kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis selain terpaksa menyara enam anaknya termasuk tiga yang masih bersekolah di Kampung Bohol, Hutan Kampong, di sini.

Abdul Aziz Shaari, 47, menderita penyakit kencing manis sejak 2004 sebelum penyakitnya bertambah serius hingga kaki kirinya dipotong pada November lalu.

“Saya tak tahu hendak mengadu kepada siapa kerana kesempitan hidup saya dan keluarga. Hidup kami susah sehingga hendak makan terpaksa dicatu.


“Bukannya saya tidak berusaha untuk bekerja dan mencari rezeki tetapi kekurangan diri menyebabkan pergerakan saya terbatas dan tidak mampu membuat kerja berat.

“Saya juga mudah penat dan terpaksa terlantar di atas tilam ini. Sebelum ini saya pernah menghidap penyakit tibi dan kini kencing manis.


“Saya sedih mengenangkan nasib isteri dan enam anak saya yang memerlukan perhatian. Syukur isteri saya, Dahariah Ramli, 46, kuat dan semangat melihat saya terlantar sakit akibat penyakit kencing manis,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bohor, Hutan Kampung, di sini, semalam.


Pasangan berkenaan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Mohd Jamarul Hisham, 22, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala anak keduanya Nor Syazimah, 19, masih mencari pekerjaan. 

=========================================================================


 Sayangilah kaki anda. Pesanlah Jus Ad-Dhuha Sebelum Terlambat.

Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal


NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.

Kawal kencing manis sebelum berkhatan

SAYA lelaki bukan Islam berusia awal 20-an. Masalah saya ialah kulit ‘kulup’ yang menutupi kepala zakar saya tidak terbuka. 

Bagaimanapun, jika ia terbuka ia pasti terkoyak. Saya juga menghidap penyakit kencing manis yang dikesan tiga tahun lalu. Saya mahu berkhatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini tetapi takut kesan lain pula berlaku. Apa harus saya lakukan?


LELAKI INGIN TAHU
Kuala Lumpur


Anda mempunyai kulit penutup kepala zakar, yang dikenali sebagai ‘foreskin’ atau ‘kulup’ sempit, yang membuatkan kepala zakar atau ‘glans penis’ anda tidak dapat keluar.

Jika anda memaksa untuk melurutkan kepala zakar keluar dari kulup, ia pasti terkoyak. Anda sebenarnya mengalami masalah dikenali sebagai ‘Phimosis’.


Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ anda dipotong.


Pembedahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini. Sebelum anda menjalani pembedahan itu, penyakit kencing manis harus dikawal.


Jangan khuatir. Segera berjumpa doktor yang merawat kencing manis dan minta dia rujuk kepada doktor yang boleh melakukan pembedahan berkhatan. Jika kencing manis terkawal, luka daripada pembedahan ini akan pulih dalam seminggu.





==========================================================================
P/S:Jangan anda risau jika anda menghadapi masalah yang sama seperti pemuda di atas, Jus Ad-Dhuha adalah penyelesaian untuk anda.

Anda boleh deposit atau online transfer ke CIMB akaun dibawah:
Nama: Muhammad Noor Firdaus Bin Bashah
Bank: CIMB
Akaun No.: 07140192794528
Atau Paypal


NOTA PENTING:
Sila Sms setiap order yang dibuat ke 012-4223900. Atau email ke iskandarX@gmail.com. Anda juga perlu sms atau email kepada saya bukti pembayaran yang dibuat, jumlah produk yang di order, tarikh serta masa pembayaran.